27 September 2019

Tetamu Allah, Penziarah Rasulullah

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh

Alhamdulillah ala kulli hal. Ummi masa bulan Mac haritu berkesempatan dijemput Allah ke tempat yang paling indah di dunia. Mungkin juga tempat yang paling ingin dilawati oleh semua yang beragama islam. Ummi berlepas pegi 23 Mac & balik semula ke Miri pada 1 April 2019.

Ummi, abi dan family mentua pegi ikut Emraz Travel & Tours untuk membuat Umrah. Kami ambil pakej Safwah Gold. Kelebihan pakej gold ni is jarak dari hotel ke Haraam adalah sangat dekat. Turun ja dari hotel memang terus sampai Haraam, bilang Mutawwif kami tu.

Inilah kami yang pegi umrah haritu. Husband's siblings, cousins and me :)
So, untuk memudahkan, ummi listkan perjalanan kami dari Malaysia ke Makkah ya.

1. Ummi ambil pakej Safwah Gold daripada Emraz Travel & Tours. Bayaran untuk pakej ni ialah Rm7880/orang untuk bilik berdua. Ummi ambil bilik berdua sebab abi mau sebilik dengan ummi. Kiranya ini trip kami laki bini buat Umrah yang pertama. Haruslah berdua gitu, ehehehe.

2. Kami ikut flight Saudia Airline dari Malaysia ke Madinah. MIL requested flight terus ke Madinah, so pihak Emraz cadangkan kami ikut Saudia Airline. Emraz Travel ada juga sediakan flight Malaysia Airline. Tapi, MAS hanyalah perjalanan dari Malaysia ke Jeddah sahaja. Saudia Airline was quite okay lah juga. Cuma ruangan tempat duduk & keluasan kaki agak kecil. Untuk ummi yang masa tu tengah preggy, ummi macam agak tidak selesa sebab agak susah bergerak. Tapi, kalau jenis tidak kisah, bolehlah naik Saudia Airline ni. Kalau jenis yang mahukan keselesaan, mungkin  boleh try MAS. InsyaAllah kalau Allah jemput ummi ke Makkah lagi, ummi akan ambil MAS pula hehe.

My imaam & me!
Antara makanan daripada Saudia Airline. The food was quite okay. Just mungkin tidak kena di tekak ummi yang tengah preggy masa tu. But still nice lor...


 3. Di Madinah, tempat tinggal/hotel yang disediakan ialah Hotel Gloria. Hotel ni berjarak lebih kurang 70 meter sahaja dengan Masjid Nabawi. Jalan kaki sekejap ja memang terus sampai masjid nabawi di gate 15/16. So memang memudahkan sangat sebab jarak sangat dekat antara hotel & masjid. Hotel Gloria ni pun dekat dengan Bin Dawood, tempat untuk membeli makanan atau keperluan diri. Hehe. So far, untuk first-timer macam ummi, ummi bagi 3.8/5 bintang untuk hotel gloria. Kenapa?
Satu, sebab lif agak lambat & selalu padat dengan jemaah. Kadang tunggu dekat 30minit untuk sampai ke bilik haha.
Dua, sebab makanan. Makanan agak okay juga tapi untuk tekak ummi, taste agak kurang la.
Perkarangan masjid nabawi yang dirindui.
4. Semasa di Madinah, pihak mutawwif ada menyediakan aturcara/jadual perjalanan buat para jemaah. Salah satu yang berada dalam jadual perjalanan kami ialah membuat ziarah wajib & ziarah tambahan (bagi yang berminat).

Bagi ziarah wajib, mutawwif membawa para jemaah menziarahi beberapa tempat seperti Raudhah, Maqam Nabi, Maqam Saidina Abu Bakar, Perkuburan Baqi', ladang kurma, masjid Quba', masjid Qiblattain, Jabal Uhud, kilang ros dan beberapa tempat lagi yang ummi ingat-ingat lupa sekarang ni.

Untuk yang berminat mengikuti ziarah tambahan pula, ada beberapa tempat menarik yang mutawwif bawa. Kami haritu berkesempatan melawat banyak tempat-tempat bersejarah (sambungan daripada ziarah wajib) sambil dihidangkan dengan cerita-cerita yang berkaitan dengan ziarah daripada zaman nabi dahulu. Bagi ziarah tambahan ini, ada kos tambahan yang perlu dibayar tetapi kosnya tidaklah terlalu mahal.

Selain itu juga, mutawwif juga ada membuka beberapa lagi aktiviti lain seperti hiking ke Gua Hira', dan makan nasi unta secara beramai-ramai. Untuk aktiviti tambahan ini, ada kos tambahan yang perlu dibayar. Cuma ummi lupa berapa kos yang perlu dibayar tu.
Jabal Rahmah

5. Di ladang kurma ni, ada banyak jenis kurma yang dijual. Ada yang sudah masak macam yang biasa kita makan, dan ada juga kurma yang masih mentah. Ada juga beberapa jenis gula-gula yang dijual disini dicampur dengan kurma, which bagi ummi agak sedap juga haha. Oh, di ladang kurma ni juga, jemaah boleh makan semua jenis kurma tu secara FREEEEEEE sahaja! Yessss, free ja. So, bila rasa mau beli kurma tapi teringin untuk rasa kualiti kurma tu, bolehlah rasa dulu kurma tu, beli kemudian. Hehe. TAPI, syarat makan kurma free ialah kena makan di dalam kedai tu. Tidak boleh bawa keluar kurma tanpa bayar. Fahamkan? Kalau mau makan free, makan di dalam. Kalau mau bawa keluar, silakan beli kurma tersebut. Ehehehe.
Ladang Kurma

6. Di Makkah, kami menginap di Hotel Swissotel Al-Maqam. Hotel yang sepatutnya pihak Emraz sediakan buat semua jemaah ialah di Hotel Safwah. Namun, disebabkan ada sedikit masalah teknikal daripada pihak Emraz, dua buah keluarga terpaksa diberikan penginapan lain. Namun begitu, hotel yang disediakan masih dekat dengan Haraam & masih berkualiti 5 bintang.

Hotel Safwah yang disediakan oleh pihak Emraz berjarak dalam 50meter sahaja daripada Haraam. Turun ja dari hotel, memang terus sampai Haraam. Haaa, gitu. Lepas tu, yang bestnya dalam hotel tu sendiri, ada radio khas untuk azan & bacaan-bacaan Al-Quran live dari Haraam pun. Di tv pun ada siaran khas tentang dua-dua masjid, yakni live tentang aktiviti dalam masjid nabawi & Haraam.

Satu nikmat yang Allah bagi disana ialah dapat tengok Kaabah depan mata. Allahu, rindunya Makkah...

7. Dalam ziarah tambahan juga, kami turut berpeluang untuk mengikuti trip ke Kota Thaif. Ke Thaif ni ada bayaran tambahan juga ya. Hehe.  Kota Thaif ni agak berbeza sedikit dengan kawasan haram makkah ya. Suasana di Thaif ni agak sejuk, lebih cantik, lebih bersih, banyak taman tema, banyak bunga-bungaan dan ada banyak buah-buahan segar yang dijual disini. Menurut mutawif, bila tibanya musim panas di kawasan sekitar Makkah, ramai penduduk akan pergi ke Kota Thaif untuk melancong. Sebab utama adalah kerana udara yang lebih dingin disini. Itulah juga antara sebab banyak taman tema dibuka di kota ini.

Kisah nabi di Kota Thaif ni turut dikongsikan oleh mutawwif sepanjang perjalanan. So, untuk tahu lebih lanjut, bolehlah google tentang kota Thaif ni.

Antara buah-buahan yang dijual di Thaif. Buah-buahan ni memang cukup segar, murah & besar-besar. Depan gerai jual buah ni ada perkhidmatan naik unta ya. Ada baaaaaanyak. Tapi kami tidaklah naik. Agak mahal hehehehe.
8. Para jemaah yang mau bersedekah/wakaf pun boleh minta mutawwif uruskan. Sedekah boleh dalam bentuk makanan, beberapa naskhah Al-Quran atau kerusi khas untuk solat. Boleh juga request untuk diletakkan di masjid nabawi ataupun di masjidil haraam. Tapi adalah lebih digalakkan untuk meletakkan di masjidil haraam. Kenapa?

-Bersedekah di masjid nabawi, insyaAllah kalau ada yang membaca Al-Quran wakaf kita, insyaAllah dijanjikan 1000 pahala untuk kita.
-Bersedekah di masidil haraam pula, insyaAllah kalau ada yang membaca Al-Quran wakaf kita, insyaAllah mendapat ganjaran pahala sebanyak 100 000 untuk kita.

Jadi, mana satu yang anda pilih? Heeeee.

Sooooo, setakat ini sahajalah perkongsian daripada ummi tentang pengalaman umrah. InsyaAllah kalau rajin lagi, ummi cuba berkongsi pengalaman lain pula. Byeeee!

22 September 2019

The greatest gift of all - Part 1

Assalamualaikum warrahmatullahi wabarokatuh

Alhamdulillah, setelah sekian lama tidak berblog, akhirnya disinilah saya mencoret semula. Coretan buat bacaan di masa hadapan. Maka ketika ini, I will refer myself as "Ummi". Why? Because now, I am a mother. Alhamdulillah :')

So, sekarang ni ummi tengah freeeee. Anak ummi tengah tidur. Sebab tu ummi ada masa tulis sikit kisah tentang anugerah terindah dalam hidup ummi. Masa sekarang ni ialah 10:50pm. Ummi mula ya..

Tanggal 17th of July 2019, 0048 on Wednesday (39weeks), ummi diberi kesempatan dan rezeki oleh Allah untuk menjadi seorang ummi. Lahirlah putera sulung ummi ke dunia ni, dengan izin Allah & ummi Abi sepakat bagi nama LUQMAN buat firstborn ummi. Alhamdulillah namanya seindah ciptaan Allah. Ummi bersyukur sangat sebab masa ni Allah permudahkan segalanya walaupun terpaksa melalui ceaserean.

FLASHBACK--
Beberapa hari sebelum Luqman lahir, ummi sebenarnya tidak sedar yang ummi sedang sakit contraction. Ummi tdak tau pun macamana rasa sakit contraction tu. Banyak orang ummi tanya tentang sakit tu, tapi ummi still tidak tau macamana rasa sakit. Sebab tu ummi cool ja. Ada dalam 4/5 hari mula sakit-sakit perut ummi. Rasa sakit tu sama macam rasa sakit perut bila cirit-birit. Ummi fikirkan masa tu ummi tengah keracunan makanan. Ada tersalah makan ka apa, tapi sebenarnya tiada pun.

15 July tu, ummi ada turun darah. Masa tu malam. Dalam jam 10lebih malam kalau tidak silap. Tapi langsung tiada rasa sakit. Kawan ummi ada cakap, kalau turun darah tu beserta sakit, itu tandanya mau beranak la tu. Tapi masa tu, ummi langsung tiada rasa sakit. So, untuk bagi ummi lebih yakin, ummi whatsapp adik ummi yang doktor tu. Jawapan adik ummi: normal tu... So, ummi pun relax la. Sebab memang tiada rasa sakit langsung.

Keesokan harinya, 16 July, ummi masih turun sekolah. Ummi tiada apply cuti bersalin awal pun. Sebab ummi fikir, hari beranak tu nanti barulah ummi cuti. Sebabnya, ummi tidak mau terganggu masa cuti bersalin hehehe. Ummi pergi sekolah masa tu macam biasa. Pagi tu, ummi memang ada rasa sakit perut. Ummi pergilah tandas, memang ada cirit birit juga. Tapi rasa sakit perut ummi tu tiadalah terlalu sakit. Ummi masih steadyyy. So, ummi turun sekolah juga tengahari tu (ummi sesi petang).

Di sekolah, ummi ada rasa sakit perut yang kuat sikit. Tapi masih dalam kepala ummi yang ummi keracunan makanan. Tiada sikit pun rasa mau beranak haha. In fact masa tu ummi risau lagi kalau balik-balik sakit perut. Sebabnya ummi takut tercirit pula dalam kelas masa mengajar, wkwkkakaka. Syukur jugalah tiada perkara sedemikian jadi hahahaha. Ummi berjaya mengajar macam biasa & balik kerja masa biasa.

Masa balik kerja ummi is 5.20pm. Ummi balik ontime masa tu sebab ummi tidak bertugas sebagai guru penyayang hari tu. Ummi balik rumah dalam keadaan yang ada rasa sakit perut mau cirit birit. Dalam masa sama, ummi cakap dengan Abi yang ummi mau beli barang basah untuk masak dinner malam tu. Ummi siap bawa Abi pergi kedai lagi untuk beli barang. 

Masa membeli barang tu, ummi minta Abi belanja yogurt & waffle peanut+butter. Ummi masa pregnant ni memang suka betul makan manis-manis. Syukurlah tidak kena kencing manis hahaha. Masa tu, ummi order satu ja waffle. Ummi tiada pun belikan untuk Abi. Kebetulan kami pun bergegas mau balik rumah sebab mau solat maghrib. So, waffle yang ummi beli tu ummi kongsilah dengan Abi. Ummi makan half, Abi makan half.

Sampai ja di rumah tu, ummi & abi terus siap-siap mau solat maghrib berjemaah. Belum mandi pun masa tu sebab masa maghrib mau habis sudah. So, solat terus lah. Selesai solat, ummi tetiba pula minta maaf dengan abi kalau ada apa-apa salah ummi dengan abi. Lepas tu, ummi tanya abi mau makan apa? Ummi terus siap-siap mau pergi masak dinner pula. Again, ummi belum mandi juga ehehehe.

Tetiba masa ummi berdiri mau bergerak ke dapur (masih depan abi), ummi tetiba rasa perut ummi terrrrlalu sakit. Sakit tu buat ummi mengerang sambil tertunduk pegang perut. Ummi cakap dengan abi, ummi rasa mau berak. So, ummi tahan dulu rasa sakit tu sebab mau confirm ni sakit sebab angin atau tidak. Ummi bergerak keluar bilik untuk ke dapur lagi. Tetiba, sakit balik perut ummi. Ummi sampai tidak boleh berjalan lagi, ummi duduklah di meja dapur. Ummi nampak abi panik sangat...

Abi yang tengok keadaan ummi masa tu, cukup panik juga sebab abi risau tu bukan sakit biasa-biasa. So, abi call mak mentua & bapak mentua ummi. Bila dengar ummi sakit-sakit, mentua terus suruh pergi hospital. Tapi ummi cakap, ummi bukan mau beranak pun. Memang rasa sakit perut mau cirit-birit ja. Tapi, mentua insist juga untuk abi bawa ummi pegi hospital. Mama ummi sendiri pun suruh pegi hospital. Mama cakap dengan abi lah, sebabnya bila cakap dengan ummi, ummi bukan mau dengar pun hahaha. Spesis degil ummi ni.

Bila kedua mentua & mama suruh abi bawa pegi hospital, abi memang tidak cakap banyak lagi. Abi terus pujuk ummi pegi hospital. Tapi ummi request mau pegi klinik ja dulu. Tidak mau pegi hospital. Haaaaa, nampak sangat ummi degil hahahaha. Abi tiada pilihan, abi bawa ja la ummi ke klinik. Dalam perjalanan tu, ada benda jadi...


Bersambung...
Image may contain: one or more people and close-up
Luqman my precious


22 October 2018

LDR

Long-distance relationship.
Been missing my husband every second of every day.


With love, 

12 September 2017

Puan Eein :)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh :)

Alhamdulillah. First entry untuk bulan September ni. Banyak perkara sebenarnya mau share, mau tulis dalam entry kali ni. Tapi insyaAllah, hanya perkara yang lekat dalam kepala ja yang mampu saya kongsikan. So, dengan lafaz BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM, saya mulakan cerita okay :)

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, pada 27 Ogos 2017, bersamaan hari Ahad haritu, saya telah selamat dinikahkan dengan seorang yang sentiasa ada dalam doa, sentiasa jadi idaman hidup berdua; Izzul Zikri Kassim. Alhamdulillah, segala yang dirancang berjalan lancar dan teratur. Alhamdulillah, perancangan yang singkat ini, mampu dijalankan dengan penuh bersahaja & mengikut perancangan.

Sebenarnya, perancangan bernikah ni kami sudah mula buat sebulan sebelum tarikh nikah kami. Sebulan, TAPI sebenarnya masih tidak confirm. Sebulan merancang, cuma pada awalnya, cuma majlis TUNANG yang dipersetujui. Lepas tu, bila keluarga mentua suarakan untuk nikah terus pada hari sama, keluarga saya disini pun tidak membantah. Malah, keluarga saya terima dengan hati terbuka. Cuma yang menjadi persoalan masa tu, sempat atau tidak urusan nikah kami tu? Sempat atau tidak menyiapkan segala dokumen nikah? Terutamanya di pihak saya...

Dalam masa sebulan sebelum tarikh nikah kami, suami saya sendiri BELUM BUAT KURSUS KAHWIN. Belum buat langsung. Seminggu sebelum nikah baru siap kursus kahwin. Itu pun, masih perlu menguruskan boran nikah di Pejabat Agama Miri, untuk kes nikah luar negeri. Banyak sangat urusan, sampaikan saya sendiri give up, dan rasa mustahil untuk urusan nikah tu sempat urus before tarikh nikah kami. Dalam masa tu juga, kami sibuk memikirkan macamana untuk hantar borang nikah tu seminggu sebelum tarikh nikah kami, padahal pihak saya di sini perlu tunggu dokumen nikah suami dihantar dari Miri guna POSLAJU. Kursus kahwin suami 15 & 16 Ogos 2017 (Selasa & Rabu). Khamis mengurus borang nikah di Pejabat Agama. Jumaat hantar dokumen nikah guna POSLAJU. Kalau kamu semua ada di tempat saya, rasanya boleh kamu confirmkan tarikh nikah tu dalam masa seminggu before nikah? Fikir betul-betul ya.

Tapi syukurlah. Suami terus terfikir untuk datang Sabah hari Sabtu untuk terus hantar dokumen nikah kami di tempat yang diminta. Sebenarnya dalam masa seminggu sebelum tarikh nikah tu juga, ada urusan lain di pihak saya yang PERLU UNTUK DISELESAIKAN DAN IANYA SANGAT SULIT UNTUK DIKONGSIKAN DISINI. Biarlah ianya jadi rahsia keluarga sahaja. Dan pastinya bukan seperti yang semua orang fikir negatif ("mengandung sebelum nikah". Kecewa hati dengar orang sekeliling tanya benda ni sedangkan, apa salah kami untuk urus nikah terus haritu??? Orang bila tiada cerita panas, memang akan sibuk buat cerita panas. Tidak apa, Allah Maha Mengetahui. Allah Maha Adil.)

Lepas tu, Rabu minggu seterusnya saya terpaksa uruskan jurunikah sehingga terpaksa turun KK untuk urusan nikah saya. Alhamdulillah, dengan izin Allah, semuanya berjalan lancar pada hari yang sama juga. Alhamdulillah ya Allah.

Eh, belum habis lagi. Khamis, Jumaat & Sabtu adalah hari terakhir persiapan untuk tunang nikah kami pada Ahad. Dalam masa tu juga, banyak masalah yang timbul. Yes. Masalah 3 hari sebelum nikah tu memang ada. Sehinggakan buat diri sendiri rasa, "oh. Boleh jadi kami tidak dapat disatukan.". Yaaa, orang tidak faham keadaan kami waktu itu. Memang keluarga & suami yang sangat faham keadaan kami waktu itu. Terlalu tegang. Terlalu busy.

Dan untuk pengetahuan semua, sebenarnya majlis tunang nikah ni adalah majlis TERTUTUP. Hanya keluarga terdekat sahaja yang dijemput & hanya keluarga terdekat sahaja yang dimaklumkan tentang majlis 2dalam1 ni. Sebab itu, saya dan suami TIDAK MENYEBARKAN BERITA KAMI NIKAH TERUS HARI YANG SAMA. Even ada keluarga terdekat juga tidak tahu tentang majlis 2dalam1 ni. Sebab apa? Macam saya cakap tadi, SEBAB MAJLIS NI PADA AWALNYA ADALAH MAJLIS TERTUTUP. ANTARA KELUARGA SAHAJA.

Tapi, dua hari sebelum majlis baru kami decide untuk menjemput lebih ramai kenalan masa itu. Dua hari sebelum majlis dan memang ada certain orang yang kami sendiri terlepas pandang untuk jemput. Malah, terlepas pandang untuk inform.

So, dikesempatan ini, saya mau bagitau dengan sesiapa sahaja yang TERBACA post ni...

Minta maaf tidak terbagitau, tidak terinform awal, tidak terjemput ke majlis nikah ni. Bukan niat tidak mau jemput, tapi sebab semua jemputan last minute & memang ada di antaranya yang kami terlepas pandang.

Buat kawan-kawan saya sendiri, minta maaf terpaksa bagitau lambat sikit, tidak terbagitau awal, sebabnya AGAK SEGAN UNTUK BAGITAU BENDA YANG BELUM PASTI JADI. Mohon untuk kamu semua faham keadaan saya pada waktu tu. Tiada niat untuk tidak bagitau, tapi sebab keadaan yang kurang meyakinkan pada masa tu, saya sendiri tidak mampu untuk menyebarkan khabar nikah tu selagi belum confirm.

Saya harap kalian faham ya. Bukan mudah. Semuanya bukan mudah dan memang banyak benda kami terlepas pandang. Minta maaf untuk segalanya. InsyaAllah majlis sanding bulan 12 ni, saya akan edarkan kad ya. Moga masa tu dapatlah datang memeriahkan majlis :)

Tulus ikhlas dari hati, maafkan saya kerana terlalu berahsia sehinggakan majlis nikah pun tidak mampu diinform lebih awal. Moga kalian faham keadaan kami waktu tu. Cuma tu yang saya harapkan dari kalian.

p/s: Maaf entry agak panjang kali ni. Cuma meluahkan rasa sedih & kecewa yang saya rasakan sejak dari hari nikah sampailah ke hari ini.

Terima kasih kalau kalian mampu faham. :)

Image may contain: 2 people, people smiling, people standing, wedding and outdoor
My love :)




22 February 2017

Distance.

Oh, distance matter if two people can't see each other everyday.
Oh Allah, ease our way and may everything goes well the way we planned.
Pinjam gambar Pak Google jap :P


27 January 2016

Si Dia 。◕‿◕。

Alhamdulillah. Kami hanya merancang, tapi kami tidak lupa, Allah juga merancang yang terbaik untuk kami.

Tapi insyaAllah. Saya percaya soal jodoh antara kami itu masih kuat. Semoga jodoh ini sampai ke jinjang pelamin. Mohon doakan kami juga ya.

Saya tidak nafikan, dalam hubungan itu ada pasang surut. And yes, we have problems too. I am 100%-ly sure that, ours are much more complicated than yours. Tapi insyaAllah, apa yang terbaik itu semuanya dari DIA. ^_^

Doakan kami ya. Moga segala urusan dipermudahkan. Moga apa yang dirancang itu Allah mudahkan. Aamiiinnn.❤
A moment to remember ❤

24 January 2016

Giant; Anugerah & Rezeki dari Allah

Yesterday, 23rd of January, me and my housemate, Jijie, went to KK. It was unplanned, really. We were planning to spend our weekend in KM at first, tapi mak Jijie called and asked if we are going back this weekend or not. So, just like I said just now, we went to KK yesterday morning, unplanned. And we just got back home (KM) few minutes ago.

Sampai ja di KK tu, kami terus pergi Giant Kolombong in Inanam. Plan pergi makan lah konon. Ehe. *Pencinta makanan memang macam ni, kekekeke* Lepas turun dari kereta, on the way masuk dalam mall, tetiba ternampak kucing sedang tidur tepi pintu masuk. The closer we get to that meow, makin lah nampak rupa sebenar kucing tu.

Badan kucing tu ada luka. Dua luka, kiri kanan bahagian atas perut tu. Tulang belakang la kot. Tapi luka tu ada dekat sebelah kiri dan kanan tulang belakang dia. Nampak sangat makhluk bernama anjing yang gigit belakang dia. *LOL, kalau bukan anjing, siapa lagi kan? Takkan manusia. Ekeke* Sedih? Yes exactly. Saat tengok kucing tu lemah ja, masa tu lah juga airmata mau keluar. So tanpa fikir panjang, we decided to bring him home.

photo credit: Jijie

That's him. That poor little kitty. Ya, he needs someone to take care of him. Kalau kamu renung mata dia, kamu boleh nampak betapa dia rindunya kasih sayang dari makhluk yang berakal; manusia. He needs love.*sobsss*

Dalam keadaan dia berbaring tepi pintu masuk mall tu, ada seketul ayam goreng besar di tepi dia. Tapi sedih, sebab dia tidak makan pun ayam tu. Air minum pun tiada. So what is the first thing come into your mind?*sobsssss*

photo credit: Jijie

Luka dekat belakang badan dia. Nampak sikit ja luka kan? Ini before bulu dicukur. After bulu dicukur, I guess you can't even imagine how bad that wound actually is. Penuh nanah. *sobsssss*

photo credit: Jijie

That picture was taken before we took him to klinik haiwan; Sabah Animal Medical Centre, Kota Kinabalu.
Manja gilaaaaaa I tell you. Cepat tertidur. Tidak banyak songeh. Or I can say, he's too lovable.

photo credit: Jijie

This picture was taken today at SAMC. The vet was trying to see his wound. And guess what? She was a little bit shocked lepas tengok luka di badan kucing tu. Yes, it was horrible. Too bad. Too painful. *heartache* Plus, vet tu cakap lagi, luka ni sudah lama. Sebab luka tu bernanah.

Kesian, kan? Sedih tengok kucing jalanan macam ni. Sakit. Banyak luka. Dan mungkin digigit anjing. Harap sangat dia akan sihat lepas ni. Doakan ya semua. Doakan juga operation dia hari ni baik-baik ja  :')


We named him; Giant. Anugerah daripada Allah, mungkin untuk ganti tempat Baby. Or mungkin rezeki Allah bagi sebab kebetulan tengah cari kucing. Our beloved little boy. Stay strong buddy! I love you. We love you. We will do anything for you too, sayang. Just stay strong *love*


22 January 2016

Reminiscing Memories

Puas menggodek blog lama.
Too many posts yang nampak sangat tidak matang. And I can see that my life was full of sadness (well, based on my late posts, hehe)

Tapi alhamdulillah. I am feeling so blessed, for having such a good life, for having a wonderful friends and best-friends, family and siblings, and the love of my life, until now. Alhamdulillah, for everything I have, everything I have gone through until now and I survived.

What can I say after reading so many immature-late-posts of mine? Be grateful for everything we have. And always have your faith in Allah. Live your life happily, yes? :)

This is one of my source of happiness. JEELEH :)

21 December 2014

My little Guigui.

Al-Fatihah.
Tenanglah kau di sana sayang.
Terima kasih bersama saya walaupun dalam masa yang singkat ja.
Terima kasih untuk setiap kenangan.
Maaf pernah marah, pernah pukul sebab berak merata.
Maaf ada masa terlambat bagi makan.
Maaf ada masa TER-paksa tidur sama setiap malam.
I'm gonna miss you so much. And seriously, i've started to miss you, gui.
Sedihnya ya Allah.
Terima kasih pinjamkan dia walaupun untuk seketika sahaja, ya Allah.
Rindu dia goyang-goyang ekor tiap kali nama dia dipanggil.
Rindu dia berlari ke tempat saya tiap kali nama dipanggil.
Rindu dia sombong tapi manja.
Rindu bawa dia tengok movie sama-sama.
Rindu semuanya tentang dia.
:'(
Maaf tiada dengan kamu sayang pagi tadi. I should have never left you alone :'(
I'm sorry :'(

12 December 2014

Officially 23.

Assalamualaikum and hello everyone!

Alhamdulillah HE gives me another year to live and to repent to HIM. Thank you Allah for another year. Moga diri ini terus istiqamah, insyaAllah.

Thank you for all the warmest wishes and du'as through whatsapp, telegram, wechat, instagram and facebook. Thank you so much. May Allah bless you and keep you all safe. :)

Whatsapp, thanks!





Facebook, thanks!!




Instagram, thankssss!



Wechat, aww thanks!


Not to forget, telegram, tooo. Thanks! Heee.


And the one who always make my day extra special heee :')

Thanks sayang :')

11 November 2014

I'm in love.

Thank you for coming into my life, IZK.
Thank you for staying, even when you had every reason to leave.
Thank you for staying by my side, even though I tried to push you away (many times).
Thank you for always be there when life gets too hard.
I love you ever since the first day I know you.
May Allah always keep us on track.
May Allah ease everything for us too.
Cant wait to be your 'pengacau ketenteraman hidup hari-hari", "tukang masak", "penggosip", "pembebel" and your one and only queen in life :)

Love ya!

10 November 2014

Congrates!

You did it, Encik Bopren!
I am so proud of you.
Maaf tak dapat datang tengok :(

Convocation saya nanti, kamu datang kan? Ngeeeeee.
InsyaAllah ^_^

09 November 2014

Baby, I love you.


"My hands are shaking, my heart is racing
Cause it's something I can't hide, it's something I can't deny"
:)

08 November 2014

Things you should know.

This is true enough.
Trust me.

06 November 2014

Thank you Allah.



Alhamdulillah, we made it! I made it!
Despite all of my problems, I can still focus on the most important thing -- SPP interview!
Thank you, Allah for today. YOU made everything went easier in today's event.
Thank you, dear friends for everything, too.
Thank you, teammates for today. You guys are so awesome! ^_^
Thank you, Tuan Haji. You are so sporting, and of course, soalan tuan haji walaupun agak susah, Tuan Haji tetap terima semua jawapan walaupun sebenarnya jawapan yang diberikan aren't good enough (or maybe he just too tired to listen? Hihi). Malah, you still gave us advice and tips for being a good teacher one day.
And last but not least, thank you too, Tuan PPD. :)

InsyaAllah, moga dimurahkan rezeki untuk posting awal.
Dan all the best for final exam next week guys!
Bittaufiq wannajah! ^_^