27 September 2019

Tetamu Allah, Penziarah Rasulullah

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh

Alhamdulillah ala kulli hal. Ummi masa bulan Mac haritu berkesempatan dijemput Allah ke tempat yang paling indah di dunia. Mungkin juga tempat yang paling ingin dilawati oleh semua yang beragama islam. Ummi berlepas pegi 23 Mac & balik semula ke Miri pada 1 April 2019.

Ummi, abi dan family mentua pegi ikut Emraz Travel & Tours untuk membuat Umrah. Kami ambil pakej Safwah Gold. Kelebihan pakej gold ni is jarak dari hotel ke Haraam adalah sangat dekat. Turun ja dari hotel memang terus sampai Haraam, bilang Mutawwif kami tu.

Inilah kami yang pegi umrah haritu. Husband's siblings, cousins and me :)
So, untuk memudahkan, ummi listkan perjalanan kami dari Malaysia ke Makkah ya.

1. Ummi ambil pakej Safwah Gold daripada Emraz Travel & Tours. Bayaran untuk pakej ni ialah Rm7880/orang untuk bilik berdua. Ummi ambil bilik berdua sebab abi mau sebilik dengan ummi. Kiranya ini trip kami laki bini buat Umrah yang pertama. Haruslah berdua gitu, ehehehe.

2. Kami ikut flight Saudia Airline dari Malaysia ke Madinah. MIL requested flight terus ke Madinah, so pihak Emraz cadangkan kami ikut Saudia Airline. Emraz Travel ada juga sediakan flight Malaysia Airline. Tapi, MAS hanyalah perjalanan dari Malaysia ke Jeddah sahaja. Saudia Airline was quite okay lah juga. Cuma ruangan tempat duduk & keluasan kaki agak kecil. Untuk ummi yang masa tu tengah preggy, ummi macam agak tidak selesa sebab agak susah bergerak. Tapi, kalau jenis tidak kisah, bolehlah naik Saudia Airline ni. Kalau jenis yang mahukan keselesaan, mungkin  boleh try MAS. InsyaAllah kalau Allah jemput ummi ke Makkah lagi, ummi akan ambil MAS pula hehe.

My imaam & me!
Antara makanan daripada Saudia Airline. The food was quite okay. Just mungkin tidak kena di tekak ummi yang tengah preggy masa tu. But still nice lor...


 3. Di Madinah, tempat tinggal/hotel yang disediakan ialah Hotel Gloria. Hotel ni berjarak lebih kurang 70 meter sahaja dengan Masjid Nabawi. Jalan kaki sekejap ja memang terus sampai masjid nabawi di gate 15/16. So memang memudahkan sangat sebab jarak sangat dekat antara hotel & masjid. Hotel Gloria ni pun dekat dengan Bin Dawood, tempat untuk membeli makanan atau keperluan diri. Hehe. So far, untuk first-timer macam ummi, ummi bagi 3.8/5 bintang untuk hotel gloria. Kenapa?
Satu, sebab lif agak lambat & selalu padat dengan jemaah. Kadang tunggu dekat 30minit untuk sampai ke bilik haha.
Dua, sebab makanan. Makanan agak okay juga tapi untuk tekak ummi, taste agak kurang la.
Perkarangan masjid nabawi yang dirindui.
4. Semasa di Madinah, pihak mutawwif ada menyediakan aturcara/jadual perjalanan buat para jemaah. Salah satu yang berada dalam jadual perjalanan kami ialah membuat ziarah wajib & ziarah tambahan (bagi yang berminat).

Bagi ziarah wajib, mutawwif membawa para jemaah menziarahi beberapa tempat seperti Raudhah, Maqam Nabi, Maqam Saidina Abu Bakar, Perkuburan Baqi', ladang kurma, masjid Quba', masjid Qiblattain, Jabal Uhud, kilang ros dan beberapa tempat lagi yang ummi ingat-ingat lupa sekarang ni.

Untuk yang berminat mengikuti ziarah tambahan pula, ada beberapa tempat menarik yang mutawwif bawa. Kami haritu berkesempatan melawat banyak tempat-tempat bersejarah (sambungan daripada ziarah wajib) sambil dihidangkan dengan cerita-cerita yang berkaitan dengan ziarah daripada zaman nabi dahulu. Bagi ziarah tambahan ini, ada kos tambahan yang perlu dibayar tetapi kosnya tidaklah terlalu mahal.

Selain itu juga, mutawwif juga ada membuka beberapa lagi aktiviti lain seperti hiking ke Gua Hira', dan makan nasi unta secara beramai-ramai. Untuk aktiviti tambahan ini, ada kos tambahan yang perlu dibayar. Cuma ummi lupa berapa kos yang perlu dibayar tu.
Jabal Rahmah

5. Di ladang kurma ni, ada banyak jenis kurma yang dijual. Ada yang sudah masak macam yang biasa kita makan, dan ada juga kurma yang masih mentah. Ada juga beberapa jenis gula-gula yang dijual disini dicampur dengan kurma, which bagi ummi agak sedap juga haha. Oh, di ladang kurma ni juga, jemaah boleh makan semua jenis kurma tu secara FREEEEEEE sahaja! Yessss, free ja. So, bila rasa mau beli kurma tapi teringin untuk rasa kualiti kurma tu, bolehlah rasa dulu kurma tu, beli kemudian. Hehe. TAPI, syarat makan kurma free ialah kena makan di dalam kedai tu. Tidak boleh bawa keluar kurma tanpa bayar. Fahamkan? Kalau mau makan free, makan di dalam. Kalau mau bawa keluar, silakan beli kurma tersebut. Ehehehe.
Ladang Kurma

6. Di Makkah, kami menginap di Hotel Swissotel Al-Maqam. Hotel yang sepatutnya pihak Emraz sediakan buat semua jemaah ialah di Hotel Safwah. Namun, disebabkan ada sedikit masalah teknikal daripada pihak Emraz, dua buah keluarga terpaksa diberikan penginapan lain. Namun begitu, hotel yang disediakan masih dekat dengan Haraam & masih berkualiti 5 bintang.

Hotel Safwah yang disediakan oleh pihak Emraz berjarak dalam 50meter sahaja daripada Haraam. Turun ja dari hotel, memang terus sampai Haraam. Haaa, gitu. Lepas tu, yang bestnya dalam hotel tu sendiri, ada radio khas untuk azan & bacaan-bacaan Al-Quran live dari Haraam pun. Di tv pun ada siaran khas tentang dua-dua masjid, yakni live tentang aktiviti dalam masjid nabawi & Haraam.

Satu nikmat yang Allah bagi disana ialah dapat tengok Kaabah depan mata. Allahu, rindunya Makkah...

7. Dalam ziarah tambahan juga, kami turut berpeluang untuk mengikuti trip ke Kota Thaif. Ke Thaif ni ada bayaran tambahan juga ya. Hehe.  Kota Thaif ni agak berbeza sedikit dengan kawasan haram makkah ya. Suasana di Thaif ni agak sejuk, lebih cantik, lebih bersih, banyak taman tema, banyak bunga-bungaan dan ada banyak buah-buahan segar yang dijual disini. Menurut mutawif, bila tibanya musim panas di kawasan sekitar Makkah, ramai penduduk akan pergi ke Kota Thaif untuk melancong. Sebab utama adalah kerana udara yang lebih dingin disini. Itulah juga antara sebab banyak taman tema dibuka di kota ini.

Kisah nabi di Kota Thaif ni turut dikongsikan oleh mutawwif sepanjang perjalanan. So, untuk tahu lebih lanjut, bolehlah google tentang kota Thaif ni.

Antara buah-buahan yang dijual di Thaif. Buah-buahan ni memang cukup segar, murah & besar-besar. Depan gerai jual buah ni ada perkhidmatan naik unta ya. Ada baaaaaanyak. Tapi kami tidaklah naik. Agak mahal hehehehe.
8. Para jemaah yang mau bersedekah/wakaf pun boleh minta mutawwif uruskan. Sedekah boleh dalam bentuk makanan, beberapa naskhah Al-Quran atau kerusi khas untuk solat. Boleh juga request untuk diletakkan di masjid nabawi ataupun di masjidil haraam. Tapi adalah lebih digalakkan untuk meletakkan di masjidil haraam. Kenapa?

-Bersedekah di masjid nabawi, insyaAllah kalau ada yang membaca Al-Quran wakaf kita, insyaAllah dijanjikan 1000 pahala untuk kita.
-Bersedekah di masidil haraam pula, insyaAllah kalau ada yang membaca Al-Quran wakaf kita, insyaAllah mendapat ganjaran pahala sebanyak 100 000 untuk kita.

Jadi, mana satu yang anda pilih? Heeeee.

Sooooo, setakat ini sahajalah perkongsian daripada ummi tentang pengalaman umrah. InsyaAllah kalau rajin lagi, ummi cuba berkongsi pengalaman lain pula. Byeeee!