12 September 2017

Puan Eein :)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh :)

Alhamdulillah. First entry untuk bulan September ni. Banyak perkara sebenarnya mau share, mau tulis dalam entry kali ni. Tapi insyaAllah, hanya perkara yang lekat dalam kepala ja yang mampu saya kongsikan. So, dengan lafaz BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM, saya mulakan cerita okay :)

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, pada 27 Ogos 2017, bersamaan hari Ahad haritu, saya telah selamat dinikahkan dengan seorang yang sentiasa ada dalam doa, sentiasa jadi idaman hidup berdua; Izzul Zikri Kassim. Alhamdulillah, segala yang dirancang berjalan lancar dan teratur. Alhamdulillah, perancangan yang singkat ini, mampu dijalankan dengan penuh bersahaja & mengikut perancangan.

Sebenarnya, perancangan bernikah ni kami sudah mula buat sebulan sebelum tarikh nikah kami. Sebulan, TAPI sebenarnya masih tidak confirm. Sebulan merancang, cuma pada awalnya, cuma majlis TUNANG yang dipersetujui. Lepas tu, bila keluarga mentua suarakan untuk nikah terus pada hari sama, keluarga saya disini pun tidak membantah. Malah, keluarga saya terima dengan hati terbuka. Cuma yang menjadi persoalan masa tu, sempat atau tidak urusan nikah kami tu? Sempat atau tidak menyiapkan segala dokumen nikah? Terutamanya di pihak saya...

Dalam masa sebulan sebelum tarikh nikah kami, suami saya sendiri BELUM BUAT KURSUS KAHWIN. Belum buat langsung. Seminggu sebelum nikah baru siap kursus kahwin. Itu pun, masih perlu menguruskan boran nikah di Pejabat Agama Miri, untuk kes nikah luar negeri. Banyak sangat urusan, sampaikan saya sendiri give up, dan rasa mustahil untuk urusan nikah tu sempat urus before tarikh nikah kami. Dalam masa tu juga, kami sibuk memikirkan macamana untuk hantar borang nikah tu seminggu sebelum tarikh nikah kami, padahal pihak saya di sini perlu tunggu dokumen nikah suami dihantar dari Miri guna POSLAJU. Kursus kahwin suami 15 & 16 Ogos 2017 (Selasa & Rabu). Khamis mengurus borang nikah di Pejabat Agama. Jumaat hantar dokumen nikah guna POSLAJU. Kalau kamu semua ada di tempat saya, rasanya boleh kamu confirmkan tarikh nikah tu dalam masa seminggu before nikah? Fikir betul-betul ya.

Tapi syukurlah. Suami terus terfikir untuk datang Sabah hari Sabtu untuk terus hantar dokumen nikah kami di tempat yang diminta. Sebenarnya dalam masa seminggu sebelum tarikh nikah tu juga, ada urusan lain di pihak saya yang PERLU UNTUK DISELESAIKAN DAN IANYA SANGAT SULIT UNTUK DIKONGSIKAN DISINI. Biarlah ianya jadi rahsia keluarga sahaja. Dan pastinya bukan seperti yang semua orang fikir negatif ("mengandung sebelum nikah". Kecewa hati dengar orang sekeliling tanya benda ni sedangkan, apa salah kami untuk urus nikah terus haritu??? Orang bila tiada cerita panas, memang akan sibuk buat cerita panas. Tidak apa, Allah Maha Mengetahui. Allah Maha Adil.)

Lepas tu, Rabu minggu seterusnya saya terpaksa uruskan jurunikah sehingga terpaksa turun KK untuk urusan nikah saya. Alhamdulillah, dengan izin Allah, semuanya berjalan lancar pada hari yang sama juga. Alhamdulillah ya Allah.

Eh, belum habis lagi. Khamis, Jumaat & Sabtu adalah hari terakhir persiapan untuk tunang nikah kami pada Ahad. Dalam masa tu juga, banyak masalah yang timbul. Yes. Masalah 3 hari sebelum nikah tu memang ada. Sehinggakan buat diri sendiri rasa, "oh. Boleh jadi kami tidak dapat disatukan.". Yaaa, orang tidak faham keadaan kami waktu itu. Memang keluarga & suami yang sangat faham keadaan kami waktu itu. Terlalu tegang. Terlalu busy.

Dan untuk pengetahuan semua, sebenarnya majlis tunang nikah ni adalah majlis TERTUTUP. Hanya keluarga terdekat sahaja yang dijemput & hanya keluarga terdekat sahaja yang dimaklumkan tentang majlis 2dalam1 ni. Sebab itu, saya dan suami TIDAK MENYEBARKAN BERITA KAMI NIKAH TERUS HARI YANG SAMA. Even ada keluarga terdekat juga tidak tahu tentang majlis 2dalam1 ni. Sebab apa? Macam saya cakap tadi, SEBAB MAJLIS NI PADA AWALNYA ADALAH MAJLIS TERTUTUP. ANTARA KELUARGA SAHAJA.

Tapi, dua hari sebelum majlis baru kami decide untuk menjemput lebih ramai kenalan masa itu. Dua hari sebelum majlis dan memang ada certain orang yang kami sendiri terlepas pandang untuk jemput. Malah, terlepas pandang untuk inform.

So, dikesempatan ini, saya mau bagitau dengan sesiapa sahaja yang TERBACA post ni...

Minta maaf tidak terbagitau, tidak terinform awal, tidak terjemput ke majlis nikah ni. Bukan niat tidak mau jemput, tapi sebab semua jemputan last minute & memang ada di antaranya yang kami terlepas pandang.

Buat kawan-kawan saya sendiri, minta maaf terpaksa bagitau lambat sikit, tidak terbagitau awal, sebabnya AGAK SEGAN UNTUK BAGITAU BENDA YANG BELUM PASTI JADI. Mohon untuk kamu semua faham keadaan saya pada waktu tu. Tiada niat untuk tidak bagitau, tapi sebab keadaan yang kurang meyakinkan pada masa tu, saya sendiri tidak mampu untuk menyebarkan khabar nikah tu selagi belum confirm.

Saya harap kalian faham ya. Bukan mudah. Semuanya bukan mudah dan memang banyak benda kami terlepas pandang. Minta maaf untuk segalanya. InsyaAllah majlis sanding bulan 12 ni, saya akan edarkan kad ya. Moga masa tu dapatlah datang memeriahkan majlis :)

Tulus ikhlas dari hati, maafkan saya kerana terlalu berahsia sehinggakan majlis nikah pun tidak mampu diinform lebih awal. Moga kalian faham keadaan kami waktu tu. Cuma tu yang saya harapkan dari kalian.

p/s: Maaf entry agak panjang kali ni. Cuma meluahkan rasa sedih & kecewa yang saya rasakan sejak dari hari nikah sampailah ke hari ini.

Terima kasih kalau kalian mampu faham. :)

Image may contain: 2 people, people smiling, people standing, wedding and outdoor
My love :)