27 September 2019

Tetamu Allah, Penziarah Rasulullah

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh

Alhamdulillah ala kulli hal. Ummi masa bulan Mac haritu berkesempatan dijemput Allah ke tempat yang paling indah di dunia. Mungkin juga tempat yang paling ingin dilawati oleh semua yang beragama islam. Ummi berlepas pegi 23 Mac & balik semula ke Miri pada 1 April 2019.

Ummi, abi dan family mentua pegi ikut Emraz Travel & Tours untuk membuat Umrah. Kami ambil pakej Safwah Gold. Kelebihan pakej gold ni is jarak dari hotel ke Haraam adalah sangat dekat. Turun ja dari hotel memang terus sampai Haraam, bilang Mutawwif kami tu.

Inilah kami yang pegi umrah haritu. Husband's siblings, cousins and me :)
So, untuk memudahkan, ummi listkan perjalanan kami dari Malaysia ke Makkah ya.

1. Ummi ambil pakej Safwah Gold daripada Emraz Travel & Tours. Bayaran untuk pakej ni ialah Rm7880/orang untuk bilik berdua. Ummi ambil bilik berdua sebab abi mau sebilik dengan ummi. Kiranya ini trip kami laki bini buat Umrah yang pertama. Haruslah berdua gitu, ehehehe.

2. Kami ikut flight Saudia Airline dari Malaysia ke Madinah. MIL requested flight terus ke Madinah, so pihak Emraz cadangkan kami ikut Saudia Airline. Emraz Travel ada juga sediakan flight Malaysia Airline. Tapi, MAS hanyalah perjalanan dari Malaysia ke Jeddah sahaja. Saudia Airline was quite okay lah juga. Cuma ruangan tempat duduk & keluasan kaki agak kecil. Untuk ummi yang masa tu tengah preggy, ummi macam agak tidak selesa sebab agak susah bergerak. Tapi, kalau jenis tidak kisah, bolehlah naik Saudia Airline ni. Kalau jenis yang mahukan keselesaan, mungkin  boleh try MAS. InsyaAllah kalau Allah jemput ummi ke Makkah lagi, ummi akan ambil MAS pula hehe.

My imaam & me!
Antara makanan daripada Saudia Airline. The food was quite okay. Just mungkin tidak kena di tekak ummi yang tengah preggy masa tu. But still nice lor...


 3. Di Madinah, tempat tinggal/hotel yang disediakan ialah Hotel Gloria. Hotel ni berjarak lebih kurang 70 meter sahaja dengan Masjid Nabawi. Jalan kaki sekejap ja memang terus sampai masjid nabawi di gate 15/16. So memang memudahkan sangat sebab jarak sangat dekat antara hotel & masjid. Hotel Gloria ni pun dekat dengan Bin Dawood, tempat untuk membeli makanan atau keperluan diri. Hehe. So far, untuk first-timer macam ummi, ummi bagi 3.8/5 bintang untuk hotel gloria. Kenapa?
Satu, sebab lif agak lambat & selalu padat dengan jemaah. Kadang tunggu dekat 30minit untuk sampai ke bilik haha.
Dua, sebab makanan. Makanan agak okay juga tapi untuk tekak ummi, taste agak kurang la.
Perkarangan masjid nabawi yang dirindui.
4. Semasa di Madinah, pihak mutawwif ada menyediakan aturcara/jadual perjalanan buat para jemaah. Salah satu yang berada dalam jadual perjalanan kami ialah membuat ziarah wajib & ziarah tambahan (bagi yang berminat).

Bagi ziarah wajib, mutawwif membawa para jemaah menziarahi beberapa tempat seperti Raudhah, Maqam Nabi, Maqam Saidina Abu Bakar, Perkuburan Baqi', ladang kurma, masjid Quba', masjid Qiblattain, Jabal Uhud, kilang ros dan beberapa tempat lagi yang ummi ingat-ingat lupa sekarang ni.

Untuk yang berminat mengikuti ziarah tambahan pula, ada beberapa tempat menarik yang mutawwif bawa. Kami haritu berkesempatan melawat banyak tempat-tempat bersejarah (sambungan daripada ziarah wajib) sambil dihidangkan dengan cerita-cerita yang berkaitan dengan ziarah daripada zaman nabi dahulu. Bagi ziarah tambahan ini, ada kos tambahan yang perlu dibayar tetapi kosnya tidaklah terlalu mahal.

Selain itu juga, mutawwif juga ada membuka beberapa lagi aktiviti lain seperti hiking ke Gua Hira', dan makan nasi unta secara beramai-ramai. Untuk aktiviti tambahan ini, ada kos tambahan yang perlu dibayar. Cuma ummi lupa berapa kos yang perlu dibayar tu.
Jabal Rahmah

5. Di ladang kurma ni, ada banyak jenis kurma yang dijual. Ada yang sudah masak macam yang biasa kita makan, dan ada juga kurma yang masih mentah. Ada juga beberapa jenis gula-gula yang dijual disini dicampur dengan kurma, which bagi ummi agak sedap juga haha. Oh, di ladang kurma ni juga, jemaah boleh makan semua jenis kurma tu secara FREEEEEEE sahaja! Yessss, free ja. So, bila rasa mau beli kurma tapi teringin untuk rasa kualiti kurma tu, bolehlah rasa dulu kurma tu, beli kemudian. Hehe. TAPI, syarat makan kurma free ialah kena makan di dalam kedai tu. Tidak boleh bawa keluar kurma tanpa bayar. Fahamkan? Kalau mau makan free, makan di dalam. Kalau mau bawa keluar, silakan beli kurma tersebut. Ehehehe.
Ladang Kurma

6. Di Makkah, kami menginap di Hotel Swissotel Al-Maqam. Hotel yang sepatutnya pihak Emraz sediakan buat semua jemaah ialah di Hotel Safwah. Namun, disebabkan ada sedikit masalah teknikal daripada pihak Emraz, dua buah keluarga terpaksa diberikan penginapan lain. Namun begitu, hotel yang disediakan masih dekat dengan Haraam & masih berkualiti 5 bintang.

Hotel Safwah yang disediakan oleh pihak Emraz berjarak dalam 50meter sahaja daripada Haraam. Turun ja dari hotel, memang terus sampai Haraam. Haaa, gitu. Lepas tu, yang bestnya dalam hotel tu sendiri, ada radio khas untuk azan & bacaan-bacaan Al-Quran live dari Haraam pun. Di tv pun ada siaran khas tentang dua-dua masjid, yakni live tentang aktiviti dalam masjid nabawi & Haraam.

Satu nikmat yang Allah bagi disana ialah dapat tengok Kaabah depan mata. Allahu, rindunya Makkah...

7. Dalam ziarah tambahan juga, kami turut berpeluang untuk mengikuti trip ke Kota Thaif. Ke Thaif ni ada bayaran tambahan juga ya. Hehe.  Kota Thaif ni agak berbeza sedikit dengan kawasan haram makkah ya. Suasana di Thaif ni agak sejuk, lebih cantik, lebih bersih, banyak taman tema, banyak bunga-bungaan dan ada banyak buah-buahan segar yang dijual disini. Menurut mutawif, bila tibanya musim panas di kawasan sekitar Makkah, ramai penduduk akan pergi ke Kota Thaif untuk melancong. Sebab utama adalah kerana udara yang lebih dingin disini. Itulah juga antara sebab banyak taman tema dibuka di kota ini.

Kisah nabi di Kota Thaif ni turut dikongsikan oleh mutawwif sepanjang perjalanan. So, untuk tahu lebih lanjut, bolehlah google tentang kota Thaif ni.

Antara buah-buahan yang dijual di Thaif. Buah-buahan ni memang cukup segar, murah & besar-besar. Depan gerai jual buah ni ada perkhidmatan naik unta ya. Ada baaaaaanyak. Tapi kami tidaklah naik. Agak mahal hehehehe.
8. Para jemaah yang mau bersedekah/wakaf pun boleh minta mutawwif uruskan. Sedekah boleh dalam bentuk makanan, beberapa naskhah Al-Quran atau kerusi khas untuk solat. Boleh juga request untuk diletakkan di masjid nabawi ataupun di masjidil haraam. Tapi adalah lebih digalakkan untuk meletakkan di masjidil haraam. Kenapa?

-Bersedekah di masjid nabawi, insyaAllah kalau ada yang membaca Al-Quran wakaf kita, insyaAllah dijanjikan 1000 pahala untuk kita.
-Bersedekah di masidil haraam pula, insyaAllah kalau ada yang membaca Al-Quran wakaf kita, insyaAllah mendapat ganjaran pahala sebanyak 100 000 untuk kita.

Jadi, mana satu yang anda pilih? Heeeee.

Sooooo, setakat ini sahajalah perkongsian daripada ummi tentang pengalaman umrah. InsyaAllah kalau rajin lagi, ummi cuba berkongsi pengalaman lain pula. Byeeee!

22 September 2019

The greatest gift of all - Part 1

Assalamualaikum warrahmatullahi wabarokatuh

Alhamdulillah, setelah sekian lama tidak berblog, akhirnya disinilah saya mencoret semula. Coretan buat bacaan di masa hadapan. Maka ketika ini, I will refer myself as "Ummi". Why? Because now, I am a mother. Alhamdulillah :')

So, sekarang ni ummi tengah freeeee. Anak ummi tengah tidur. Sebab tu ummi ada masa tulis sikit kisah tentang anugerah terindah dalam hidup ummi. Masa sekarang ni ialah 10:50pm. Ummi mula ya..

Tanggal 17th of July 2019, 0048 on Wednesday (39weeks), ummi diberi kesempatan dan rezeki oleh Allah untuk menjadi seorang ummi. Lahirlah putera sulung ummi ke dunia ni, dengan izin Allah & ummi Abi sepakat bagi nama LUQMAN buat firstborn ummi. Alhamdulillah namanya seindah ciptaan Allah. Ummi bersyukur sangat sebab masa ni Allah permudahkan segalanya walaupun terpaksa melalui ceaserean.

FLASHBACK--
Beberapa hari sebelum Luqman lahir, ummi sebenarnya tidak sedar yang ummi sedang sakit contraction. Ummi tdak tau pun macamana rasa sakit contraction tu. Banyak orang ummi tanya tentang sakit tu, tapi ummi still tidak tau macamana rasa sakit. Sebab tu ummi cool ja. Ada dalam 4/5 hari mula sakit-sakit perut ummi. Rasa sakit tu sama macam rasa sakit perut bila cirit-birit. Ummi fikirkan masa tu ummi tengah keracunan makanan. Ada tersalah makan ka apa, tapi sebenarnya tiada pun.

15 July tu, ummi ada turun darah. Masa tu malam. Dalam jam 10lebih malam kalau tidak silap. Tapi langsung tiada rasa sakit. Kawan ummi ada cakap, kalau turun darah tu beserta sakit, itu tandanya mau beranak la tu. Tapi masa tu, ummi langsung tiada rasa sakit. So, untuk bagi ummi lebih yakin, ummi whatsapp adik ummi yang doktor tu. Jawapan adik ummi: normal tu... So, ummi pun relax la. Sebab memang tiada rasa sakit langsung.

Keesokan harinya, 16 July, ummi masih turun sekolah. Ummi tiada apply cuti bersalin awal pun. Sebab ummi fikir, hari beranak tu nanti barulah ummi cuti. Sebabnya, ummi tidak mau terganggu masa cuti bersalin hehehe. Ummi pergi sekolah masa tu macam biasa. Pagi tu, ummi memang ada rasa sakit perut. Ummi pergilah tandas, memang ada cirit birit juga. Tapi rasa sakit perut ummi tu tiadalah terlalu sakit. Ummi masih steadyyy. So, ummi turun sekolah juga tengahari tu (ummi sesi petang).

Di sekolah, ummi ada rasa sakit perut yang kuat sikit. Tapi masih dalam kepala ummi yang ummi keracunan makanan. Tiada sikit pun rasa mau beranak haha. In fact masa tu ummi risau lagi kalau balik-balik sakit perut. Sebabnya ummi takut tercirit pula dalam kelas masa mengajar, wkwkkakaka. Syukur jugalah tiada perkara sedemikian jadi hahahaha. Ummi berjaya mengajar macam biasa & balik kerja masa biasa.

Masa balik kerja ummi is 5.20pm. Ummi balik ontime masa tu sebab ummi tidak bertugas sebagai guru penyayang hari tu. Ummi balik rumah dalam keadaan yang ada rasa sakit perut mau cirit birit. Dalam masa sama, ummi cakap dengan Abi yang ummi mau beli barang basah untuk masak dinner malam tu. Ummi siap bawa Abi pergi kedai lagi untuk beli barang. 

Masa membeli barang tu, ummi minta Abi belanja yogurt & waffle peanut+butter. Ummi masa pregnant ni memang suka betul makan manis-manis. Syukurlah tidak kena kencing manis hahaha. Masa tu, ummi order satu ja waffle. Ummi tiada pun belikan untuk Abi. Kebetulan kami pun bergegas mau balik rumah sebab mau solat maghrib. So, waffle yang ummi beli tu ummi kongsilah dengan Abi. Ummi makan half, Abi makan half.

Sampai ja di rumah tu, ummi & abi terus siap-siap mau solat maghrib berjemaah. Belum mandi pun masa tu sebab masa maghrib mau habis sudah. So, solat terus lah. Selesai solat, ummi tetiba pula minta maaf dengan abi kalau ada apa-apa salah ummi dengan abi. Lepas tu, ummi tanya abi mau makan apa? Ummi terus siap-siap mau pergi masak dinner pula. Again, ummi belum mandi juga ehehehe.

Tetiba masa ummi berdiri mau bergerak ke dapur (masih depan abi), ummi tetiba rasa perut ummi terrrrlalu sakit. Sakit tu buat ummi mengerang sambil tertunduk pegang perut. Ummi cakap dengan abi, ummi rasa mau berak. So, ummi tahan dulu rasa sakit tu sebab mau confirm ni sakit sebab angin atau tidak. Ummi bergerak keluar bilik untuk ke dapur lagi. Tetiba, sakit balik perut ummi. Ummi sampai tidak boleh berjalan lagi, ummi duduklah di meja dapur. Ummi nampak abi panik sangat...

Abi yang tengok keadaan ummi masa tu, cukup panik juga sebab abi risau tu bukan sakit biasa-biasa. So, abi call mak mentua & bapak mentua ummi. Bila dengar ummi sakit-sakit, mentua terus suruh pergi hospital. Tapi ummi cakap, ummi bukan mau beranak pun. Memang rasa sakit perut mau cirit-birit ja. Tapi, mentua insist juga untuk abi bawa ummi pegi hospital. Mama ummi sendiri pun suruh pegi hospital. Mama cakap dengan abi lah, sebabnya bila cakap dengan ummi, ummi bukan mau dengar pun hahaha. Spesis degil ummi ni.

Bila kedua mentua & mama suruh abi bawa pegi hospital, abi memang tidak cakap banyak lagi. Abi terus pujuk ummi pegi hospital. Tapi ummi request mau pegi klinik ja dulu. Tidak mau pegi hospital. Haaaaa, nampak sangat ummi degil hahahaha. Abi tiada pilihan, abi bawa ja la ummi ke klinik. Dalam perjalanan tu, ada benda jadi...


Bersambung...
Image may contain: one or more people and close-up
Luqman my precious